Bahan2nya:
Beberapa keping roti (sesuka hati nak berapa bnyk tapi jgn kulit roti sbb dia tebal)
Aiskrim (sesuka hati nak apa2 perisa)Bebarapa hiris buah2an(sesuka hati nak letak buah apa,kalau tak letak pun boleh)
Cara2nya.
* Mula2 ambil roti dan gelekkan dia dgn penggelek kuih agar ia nipis.
* Letakkan roti tadi di atas acuan karipap.Letakkan 1 sudu kecil aiskrim dan selitkan ditengah2nya hirisan buah(jika suka le...).lepas tu sapukan sedikit air di atas roti tadi dan tangkupkan.Jadilah ia spt karipap tapi berintikan aiskrim.Perlu diingat baki roti tu jgn dibuang, nanti boleh buat puding roti...B-)
* Simpan karipap aiskrim di tempat dingin beku sehingga ia benar2 beku dan dilapik dgn plastik kalau tak nanti ia melekat antara satu sama lain.
* Apabila dah betul2 beku,panaskan minyak sehingga betul panas,barulah masukkan karipap aiskrim .Goreng lebih kurang garing dan cepat2 angkat sbb kalau lama nanti aiskrimnya cair.Kemudian nnngappppp ler........ rasanya WOW! tak terkata kalau nak tau,cubalah........
``~SELAMAT MENJAMU SELERA~``
Tiada ulasan:
Catat Ulasan