Sabtu, 30 April 2011

resepi jelly kelapa

Bahan2nya 
4 biji kelapa muda (pilih yg banyak isinya)
# asingkan isi dan airnya disukat.

#Air kelapa dicampurkan dgn air biasa menjadi

5 botol besar air mineral
3 mug gula (ikut suka)
1 penutup botol perisa pandan
4 sudu makan serbuk agar2 (sukat jgn smpai bumbung)
Beberapa helai daun pandan
# lebih kurang 60 atau 70  bekas dadih yg kecil 

Cara2nya 
* Campurkan kesemua bahan2 di atas kecuali isi kelapa muda  ke dalam  periuk,dan masaklah  hingga didih.
Sementara itu raciklah isi kelapa muda memanjang dan bubuhlah ke dalam bekas2 dadih. Setelah bahan2
 tadi mendidih dan mesra tutup api dan tuangkan ke dalam bekas2 dadih yg telah diisi dgn isi kelapa muda tadi.Setelah sejuk barulah dimasukkan ke dlm peti sejuk.

Jumaat, 29 April 2011

resepi kek coklat lembab

Assalamualaikum, hai semua para tetamu. Belek2 lah foto kek ni.Bukan saya saja ckp sedap, ramai yg dah merasainya pun kata begitu.Saya bknlah masuk bakul angkat sendiri tapi sememangnya ianya benar....Kalau tak caya cuba2 lah resepi ni tapi saya masak kek ni dgn cara mengukusnya. Ianya suuunguh lembuuuut....!       Saya buat kek ni khas utk harijadi cikgu kat sekolah SMRL namanya..... Selamat menjamu selera.

Bahan2nya:
250 gm mentega
360 gm gula kastor
5 biji telor
1 sudu besar esen vanilla
120 gm serbuk koko
240 gm tepung gandum
1 sudu besar serbuk penaik
1 sudu besar ovellet
1 sudu kecil soda bikarbonate
250 ml susu coklat (Dutch Lady)

Cara2nya: 
1-Pukul mentega dan gula kastor sehingga kembang.
2-Pukul telur 1 per satu sehingga kembang.
3-Masukkan esen vanilla dan overllet,kemudian pukul hingga mesra.
4-Masukkan tepung gandum,serbuk penaik dan serbuk koko.Gaul mesra.
5-Akhir sekali masukkan susu coklat dan gaul mesra.
6-Masukkan adunan ke dalam loyang yg telah di sapu dgn mentega.Kukus atau bakar jer dia smpai masak.(kalau nak lg lembut kukus lah)


  Cara membuat topping (klau suka)
 Bahannya
 150 gm coklat masakan       
 50 ml susu cair
 3 sudu besar gula
 1 sudu besar mentega
Semua bahan2 ini dicampurkan di dlm periuk kecil dan cairkan di dlm periuk besar yg berisi air panas(dauble boil).Kacau hingga likat sikit barulah tuang di atas kek tadi.Kemudian hiaslah sesuka hati.

Perlu diingat,setelah kek sejuk barulah tuangkan toppingnya itu.