Sabtu, 29 Oktober 2011

PUdinG ROti MARble

Hai kengkawan.Ari ni saya nak berkongsi satu resepi lagi.Roti....saya rasa kat rumah sesapa pun mesti ada roti kalau dah nak ujung2 bln ni,almaklumlah......(6_6) Anak2 saya ni memang suka sngt kat roti.Kekadang tu wat roti bubuh susu n milo ler, goreng telur hancur bubuh sos kat roti ler dan mcm2 lagi.Dah boring dgn resepi roti tu, tersepuk le roti di atas meja 2 atau 3 hari dan saya pun up great ler roti jadi puding.
Bahan2nya:
 5 keping roti (apa2 brand pun boleh)
 1 biji telur ayam
 1/2 cawan susu pekat (apa2 brand pun boleh)
 3/4 cawan gula pasir
 3 sudu besar margerin/butter
 11/2 sudu makan serbuk agar2(apa2 brand pun boleh)
 4 cawan air
 2 sudu besar (bumbung) serbuk koko

 CAra2nya:
~ Didihkan 3 cawan air,serbuk agar2 n gula dlm periuk.Api sederhana kecil saja dan selalu le kacau kalau tak nanti hangus.
~ Blendkan roti,telur,susu pekat dgn 1 cawan air hingga sebati dan tuangkan ke dlm periuk agar2 tadi.

~ Masukkan margerin/butter n kacau sampai didih.

~ Matikan api dan bahagikan kepada 2 bahagian.1 warna asal dan 1 lagi dicampurkan dgn serbuk koko.
~ Tuangkan ke dlm loyang berselang-seli hingga habis dimulakan dari tengah loyang.Bila sudah habis ambil lidi yg bersih buat ler corak sesuka hati tapi kena cepat2 sbb dia cepat beku.Bila sudah kurang panas,baru ler masukkan ke dlm peti sejuk.Bila sudah sejuk boleh ler dipotong2 dan di nnngap......
       
           ``~SELAMAT MENJAMU SELERA~``

KAripAP AisKRim

Assalammualaikum dan selamat sejahtera semua. Ari ni kan saya nak berkongsi resepi dgn kamu semua iaitu aiskrim goreng.Ha! tak caya ke aiskrim boleh goreng? Boleh.... ni yg simple je saya buat.Mula2.....
Bahan2nya:


Beberapa keping roti (sesuka hati nak berapa bnyk tapi jgn kulit roti sbb dia tebal)
Aiskrim (sesuka hati nak apa2 perisa)
Bebarapa hiris buah2an(sesuka hati nak letak buah apa,kalau tak letak pun boleh)
Cara2nya.
*  Mula2 ambil roti dan gelekkan dia dgn penggelek kuih agar ia nipis.
* Letakkan roti tadi di atas acuan karipap.Letakkan 1 sudu kecil aiskrim dan selitkan ditengah2nya hirisan buah(jika suka le...).lepas tu sapukan sedikit air di atas roti tadi dan tangkupkan.Jadilah ia spt karipap tapi berintikan aiskrim.Perlu diingat baki roti tu jgn dibuang, nanti boleh buat puding roti...B-)
* Simpan karipap aiskrim di tempat dingin beku sehingga ia benar2 beku dan dilapik dgn plastik kalau tak nanti ia melekat antara satu sama lain.
* Apabila dah betul2 beku,panaskan minyak sehingga betul panas,barulah masukkan karipap aiskrim .Goreng lebih kurang garing dan cepat2 angkat sbb kalau lama nanti aiskrimnya cair.Kemudian nnngappppp ler........ rasanya WOW! tak terkata kalau nak tau,cubalah........
``~SELAMAT MENJAMU SELERA~``

Isnin, 24 Oktober 2011

CAke n CUp caKE

Assalamualaikum n apa khabo samua? Pada 20hb Oktober ari tu beday my hubby.Saya buat kek ni khas utk dia dan cup cake ni pulak wat anak2 maklum le anak ramai.Wah! mcm ikan pirana jer dia org tu.....:p




Sabtu, 15 Oktober 2011

LAksa PEnang MEnganCAm



Hai semua! ari ni kan saya malaslah nak masak nasi.Asyik2 nasi jer jadi saya pun masaklah laksa penang sampai 2 bungkus mee laksa saya beli,al maklumlah anak2 ramai...:p   Kalau tengok gambar ni kan agak2 berapa lah kedai tu charge, tengoklah mee laksanya pun tak nampak sampai kena selak! He!He! He! Jadi apa lagi tunggu, jom kita ke dapur....              

Bahan2 utk kuah laksa
Lebih kurang 5 ekor ikan kembung sederhana besar
{direbus dan diasingkan isinya utk diblender hati2 ye jgn kena tulang}
Masukkan isi ikan yg diblender tu bersama air rebusan ikan ke dlm periuk.
Campurkan 2 senduk besar cili giling,kalau takut pedas kurangkan le sikit ye..
Masukkan 2 kuntum bunga kantan yg telah dibelah 2 ke dlm periuk....................  
 Masukkan beberapa helai daun kesum (ni le bhn pewangi utk kuah laksa}............      
Masukkan 2 atau 3 asam keping sederhana besar..........................................................
Masukkan lebih kurang 1 inci belacan dan 2 sudu besar petis.............................................
Masukkan setengah kiub ikan knorr dan perahkan sedikit air asam jawa dan sedikit garam......
Jikalau kuah ni nampak pekat sangat bubuh le sikit air dan tunggu le sampai kuah ni mendidih dan TUTUP api dapur tu ye! Jangan tak tutup kang MELETOP!.......

Bahan2 utk hiasan
Beberapa biji telur rebus dibelah empat............ 
Beberapa helai daun salad dipotong sederhana besar
[kalau tak ada daun salad,gunakan le daun cylon pun sodap]
Timun dipotong sederhana besar [memanjang]...........................
Nenas dipotong dadu sederhana besar.............................................
Bawang besar dihiris sederhana besar..................................................
Cili api dihris nipis{kalau suka ler}...........................................................
Beberapa biji limau kasturi{kalau suka masam bubuh le lebih ye}................
1 bungkus mee laksa basah di celur {mee laksa basah ni kenyal sikit,kalau tak ada yg biasa pun boleh} 
  
SELAMAT MENJAMU SELERA!
 
        

Isnin, 3 Oktober 2011

Kusyen roda impian dan sepit rambut sempoi

 Assalamualaikum. Hai sahabat handai sekelian cuba tengok kat sini.Ini bkn tayar tau! Tapi ianya adalah kusyen yg dinamakan kusyen roda impian.Selalunya org jahit gunakan manik yg bulat tu tapi terlalu 'syok' sangat saya ubah kpd manik yg berbentuk bunga.Cantik pulak (Perasan le tu.....).

 Lihat lah bantal2 ini berposing, sungguh bergaya sekali kan...
 
Ini selain diletakkan di atas katil boleh juga diletakkan di dlm kereta atau sebagai alas letak tangan pengantin di atas pelamin semasa ditepung tawar. Wow! lip lak lip lak gitu org memandangnya! 




 Hai!Saudara saudari,pandanglah lihatlah kat sini.Cuba teka bunga apakah ini? Alah bunga biasa2 je! Saya kan mula2nya nak buat klip kat tudung,pas tu kan nak bagi bunga nampak kelopak lebih buatle bnyk2 kelopaknya,.Bila nampak semcm je, saya pun gamle kat sepit rambut.Jadile sepit rambut spt anak saya bergaya kat bawah ni.Bukan main lagi budak ni ye!...

Rabu, 20 Julai 2011

bekas bunga rampai atau potpuri dari bahan herba masakan

hai! kengkawan ari nie kite cube wat potpuri dr bhn herba masakan.Asyik selalu wat masak sesekali kite cube wat potpuri pulak ye!
bhn2nye sudah semestinye herba masakan spt kayu manis,bunga cengkih,bunga lawang  dan buah pala.Kalau  rajin ambil sikit kain net,reben wat ikat kat net dan sikit bunga rampai atau bunga2an potpuri.
 Aksesorinya pulak,sikit manik bunga,hiasan rerama dan manik bulat.Kite wat gam2 dan hasilnya spt kat bawah.Cantik tak?Cubalah kalau nak kelainan utk wat hantaran sesapakan................Lagi nak menawan spray clear je! Warnanye cun meletop..........CUBELE!

Ahad, 1 Mei 2011

kusyen sulaman bunga reben

Assalammualaikum terima kasih kerana melawat ruangan saya kat sini.Maafle saya ni baru nak berjinak2 kat sini.Kalau ade yg tak berkenan tu beritau je lah.Sarung kusyen ni first time saya buat dan sayang kat "dia" mcm anak pulak!He!He!He! Buat kusyen nie 'menggile' tau.Tengoklah hasilnye.......Lepas tu adalah pertandingan ,saya pun masuklah,mcm tak pecaye je MENANG. Tu...yg sayang kat 'dia'.

Sabtu, 30 April 2011

resepi jelly kelapa

Bahan2nya 
4 biji kelapa muda (pilih yg banyak isinya)
# asingkan isi dan airnya disukat.

#Air kelapa dicampurkan dgn air biasa menjadi

5 botol besar air mineral
3 mug gula (ikut suka)
1 penutup botol perisa pandan
4 sudu makan serbuk agar2 (sukat jgn smpai bumbung)
Beberapa helai daun pandan
# lebih kurang 60 atau 70  bekas dadih yg kecil 

Cara2nya 
* Campurkan kesemua bahan2 di atas kecuali isi kelapa muda  ke dalam  periuk,dan masaklah  hingga didih.
Sementara itu raciklah isi kelapa muda memanjang dan bubuhlah ke dalam bekas2 dadih. Setelah bahan2
 tadi mendidih dan mesra tutup api dan tuangkan ke dalam bekas2 dadih yg telah diisi dgn isi kelapa muda tadi.Setelah sejuk barulah dimasukkan ke dlm peti sejuk.

Jumaat, 29 April 2011

resepi kek coklat lembab

Assalamualaikum, hai semua para tetamu. Belek2 lah foto kek ni.Bukan saya saja ckp sedap, ramai yg dah merasainya pun kata begitu.Saya bknlah masuk bakul angkat sendiri tapi sememangnya ianya benar....Kalau tak caya cuba2 lah resepi ni tapi saya masak kek ni dgn cara mengukusnya. Ianya suuunguh lembuuuut....!       Saya buat kek ni khas utk harijadi cikgu kat sekolah SMRL namanya..... Selamat menjamu selera.

Bahan2nya:
250 gm mentega
360 gm gula kastor
5 biji telor
1 sudu besar esen vanilla
120 gm serbuk koko
240 gm tepung gandum
1 sudu besar serbuk penaik
1 sudu besar ovellet
1 sudu kecil soda bikarbonate
250 ml susu coklat (Dutch Lady)

Cara2nya: 
1-Pukul mentega dan gula kastor sehingga kembang.
2-Pukul telur 1 per satu sehingga kembang.
3-Masukkan esen vanilla dan overllet,kemudian pukul hingga mesra.
4-Masukkan tepung gandum,serbuk penaik dan serbuk koko.Gaul mesra.
5-Akhir sekali masukkan susu coklat dan gaul mesra.
6-Masukkan adunan ke dalam loyang yg telah di sapu dgn mentega.Kukus atau bakar jer dia smpai masak.(kalau nak lg lembut kukus lah)


  Cara membuat topping (klau suka)
 Bahannya
 150 gm coklat masakan       
 50 ml susu cair
 3 sudu besar gula
 1 sudu besar mentega
Semua bahan2 ini dicampurkan di dlm periuk kecil dan cairkan di dlm periuk besar yg berisi air panas(dauble boil).Kacau hingga likat sikit barulah tuang di atas kek tadi.Kemudian hiaslah sesuka hati.

Perlu diingat,setelah kek sejuk barulah tuangkan toppingnya itu.